Senin, 16 Mei 2011

zikir dan kesabaran

ZIKIR DAN KESABARAN
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasullulah saw bersabda:
” Allah swt berfirman:
Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengngati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya aku akan mengingatinya dalam dalam suatu kaum yang lebih baik dari mereka.
Apabila mereka mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekati mereka dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku dengan jarak sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila diadatang kepada-Ku dalam keadaan berjalan biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak”.
Kesimpulan dari hadis di atas ialah:
1. Allah swt sangat menjaga orang yang sentiasa berzikir
2. Allah swt selalu hampir dan dekat dengan orang yang berzikir
3. Berzikir sangat banyak kelebihannya
4. Selalulah berzikir untuk ketenangan hati dan meraih kasih sayang Allah


” TANDA-TANDA ORANG YANG SABAR “
Sabda Nabi SAW bersabda:
Rasullah telah bersabda, bagi orang yang sabar itu mempunyai tiga tanda besar iaitu :-
1. Sabar dalam melakukan perintah Allah
2. Sabar menghadapi musibah dan
3. Sabar menerima qada’ Allah
dan kita juga sering diperdengarkan dengan hadis Nabi saw:
“ASsabru Minal Iman” yang bermaksud Sabar itu sebahagian dari iman.
Firman Allah yg bermaksud ” sesungguhnya Allah bersama2 orang yang sabar “.
Semoga kita semua menghadapi hari2 mendatang dengan penuh kesabaran.. susun perancangan hidup dengan rapi, berusahalah ke arah impian yang dirancangkan itu.., berserahlah diri kemudiannya, sabarlah atas segala yang ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, yang mungkin tiada dalam perancangan kita sekalipun.

Sumber : blog

Tidak ada komentar: